Monday, May 10, 2010

Awang Maya Kembali

Lebih setahun A.M mendiamkan diri daripada membuat sebarang penulisan di dalam blog Awang Maya. Di antara faktor yang menyebabkan sedemikian ialah misi utama A.M tercapai iaitu bagi melihat perubahan suasana iklim haru-biru politik di negara ini pada masa itu. Tag line blog A.M ialah jangan bagi muka kepada penyeleweng. bagi A.M, penyeleweng besar di sepanjang tempoh tersebut ialah tidak lain dan tidak bukan si AAB yang membangkit perasaan marah dan kecewa rakyat yang amat sangat ekoran kepimpinan dan pentadbiran yang lemah. Dengan berlakunya peralihan kuasa tersebut, A.M rasakan sedikit sinar harapan bagi rakyat Malaysia terutamanya golongan marhain dan orang kampung yang menjadi target pembelaan A.M. Ternyata, corak pemerintahan kepimpinan baru di bawah DS Najib sedikit sebanyak memberi harapan dan optimistik kepada penghidupan rakyat. Kita harap ianya dilaksanakan dengan penuh kejujuran dan keihklasan. Itu yang membuat A.M menyepi dan memilih untuk menjadi pemerhati terhadap setiap perkembangan.
.
Kini, A.M ingin kembali menulis kerana tanggungjawab untuk menegur terhadap penyelewengan atau wrong doer wajib diteruskan hingga ke akhir hayat. Ini bukan merupakan tanggungjawab sosial Awang, sebaliknya merupakan Fardhu Kifayah yang harus dipikul. Selagi dunia belum kiamat, selagi itu wujudnya iblis dan syaitan, dan selagi wujudnya iblis dan syaitan, selagi itu penyelewengan akan berterusan. AWANG MAYA KEMBALI..............

No comments: