Wednesday, March 18, 2009

Apabila Bloger Menjadi KP RTM

Mula-mula sekali Awang nak ucap tahniah kepada Datuk Ibrahim Yahya kerana terpilih dilantik menjadi KP baru RTM. Walaupun Awang tahu sebenarnya R & S (Recruitment & Selection) tu bukan dibuat secara profesional dan ianya adalah satu hand-picked oleh si Shabery Cheek sendiri, namun Awang harap Datuk jadikan ianya sebagai satu cabaran untuk meningkatkan lagi mutu program RTM. Tak sangka, antara bloger yang Awang follow, dilantik menjadi KP RTM yang mana Awang terlibat secara langsung.....oppsss....OK just forget it. Tapi secara peribadi, Awang berpendapat Datuk belum layak untuk memegang jawatan KP tersebut (secara relatif) jika kita ingin melihat RTM berupaya mencapai aspirasi stakeholder(bukan Shabery Cheek). Kenapa? jawapan ideal yang terlalu mudah, Datuk datang dari dua player utama dalam industri media iaitu TV3 dan NST Group.Tapi tiada impak yang Datuk berikan kepada kedua-dua bekas majikan Datuk. Malah Datuk sebelum ini merupakan penasihat program di RTM yang umum mengetahui RTM agak sluggish dalam memberikan sesuatu perubahan yang boleh dianggap "Berjaya".
RTM baharu sahaja dibuat penstrukturan semula yang melibatkan perubahan dari segi struktur dan fungsi-fungsinya. Ianya melibatkan pertambahan beberapa fungsi baru seperti perancangan strategik, pemasaran dan promosi. Pihak stakeholder manaruh harapan yang tinggi dengan perubahan fungsi ini agar RTM berupaya bergerak seiring dengan player-player lain dalam industri yang sama. Betul, RTM bukan merupakan pemain di dalam industri penyiaran yang berorientasikan keuntungan seperti saluran-saluran di Media Prima dan ASTRO. Namun, harus diingat, matlamat asas RTM ialah ingin menyampaikan segala dasar kerajaan dan maklumat-maklumat signifikan serta program-program untuk kepentingan rakyat. Jika rating RTM masih lagi ditakuk lama atau dalam ertikata lain tertinggal jauh di belakang player-player lain baik dalam penyiaran televisyen mahupun radio, bagaimana segala dasar, maklumat dan program tersebut dapat sampai kepada rakyat. Maka matlamat atau objektif yang konon dianggap sebagai tanggungjawab sosial itu tidak akan tercapai. Sebab indikator atau KPI dalam dunia penyiaran cukup mudah, ada orang tonton (TV) dan dengar (Radio) atau tidak. Awang yakin, anak-anak Datuk sendiri jika diberi pilihan akan memilih menonton TV3/TV8/NTV7 atau ASTRO daripada menonton saluran RTM atau mendengar Era/Hot/Hits/Fly daripada KL FM atau Muzik FM. Betul tak Datuk?
Untuk itu, Awang harap Datuk jadikan ini semua satu cabaran buat Datuk memastikan RTM mampu melepasi indikator tersebut sebagi bukti RTM mampu menyangi pesaing-pesaing dalam dunia penyiaran.
Good luck to you Datuk Dunia Tiger.
Awang Maya

1 comment:

burungjantan said...

Bodek sana bodek sini, hancur sana, cantas sini, tup-tup jadi norbor satu RTM.

Tak payah induksi, tak payah ptk, tak payah exam udang-undang, tak payah tapisan keselamatan. bulus terus masuk perintah orang.

Di Tv3 fail, di Berita harian fail, tapi di RTM dia buat feel, terutama semasa dalam bilik berita. Ketua BESnya gred 54, tapi dia hanya penasihat taraf JUSA. Namun yang dibuat dengan berita RTM pun abuk tak ada.

Bekas majikannya dahulu (TV3 dan Berita Harian), apakah hasil yang dapat ambil dia dulu.

Masa dekat berita RTM. Pegawai nak buat sana tak boleh, nak buat sini tak boleh, tapi penasihat boleh. yang terima buruk pegawai juga.

Sekarang bukan main berjoget kakitangan AB di RTM. Tapi Yang delima kaki tangan tetap macam mana kontrek boleh jadi ketua. Pretasi dinilai oleh kontrek, sah ke tak sah, boleh pakai ke?